Thursday, November 29, 2012

Kayu Kokka dan Kepercayaan Masyarakat Malaysia


Masyarakat di Malaysia sememangnya amat kaya dengan pelbagai jenis kepercayaan. Selain daripada kepercayaan keagamaan atau pegangan hidup seseorang itu terdapat juga kepercayaan lain yang mewakili sesuatu kaum yang tidak dikenalpasti sumbernya. Seperti kaum Cina yang percaya kepada feng sui, kaum India pula terdapat beberapa pantang larang sama seperti kaum Melayu tetapi kaum Melayu pula mempunyai beberapa petua atau pesan orang-orang lama. Mungkin di sini kita tidak akan membincangkan secara terperinci mengenai kepercayaan-kepercayaan tersebut tetapi cukup untuk kita bersetuju bahawa banyak kepercayaan-kepercayaan tersebut yang belum lagi dikenalpasti sumber asasnya.

Suatu ketika dahulu asal sahaja orang balik dari Makkah maka pasti akan ada cerita atau buah tangan kayu kokka. Pada ketika itu ia dipercayai boleh membawa tuah atau pun khasiat tertentu kepada si pemakai. Saya pernah mendengar satu cerita daripada ayah saya yang mana sewaktu beliau berada di bilik penginapan ketika menunaikan haji, ada rakan sebilik beliau yang memakai cincin kokka ini. Pada keesokkan bila hendak dijadikan cerita, rakan sebilik ayah saya memberitahu bahawa ia kehairanan kenapa cincin kokkanya berada di jari tangan kanan sedangkan semalam ia dipakai di jari tangan kiri. Maka mereka menganggap ini suatu kejadian yang pelik dan dikira menakjubkan mungkin hendak mengatakan bahawa ia mempunyai sejenis kuasa tertentu agak melampau jadi cukup mungkin digambarkan bahawa boleh terjadi sesuatu kejadian yang pelik apabila memakai cincin kokka tersebut.


Monday, November 26, 2012

TUTORIAL: Query DataEmis Untuk Senarai Semak Mata Pelajaran Ajar Guru.


Tutorial kali ini adalah untuk membuat senarai semak mata pelajaran ajar guru di sekolah mengikut kelas dan bilangan masa bagi setiap mata pelajaran. Kuiri ini tidak kurang juga pentingnya kerana demi keesahan data emis, kemaskini pada bahagian mata pelajaran ajar guru juga dianggap penting. Saya cuba syorkan kuiri ini untuk memudahkan rakan-rakan guru data menyemak perubahan mata pelajaran ajar guru terutama di awal tahun persekolahan, kehadiran guru baru atau pindah sekolah dan mengesahkan data yang dimasukkan adalah sama seperti dalam jadual yang telah dibuat oleh guru jadual.

Wednesday, October 31, 2012

TUTORIAL QUERY DATAEMiS GAJI DAN ELAUN STAF MENGGUNAKAN UTILITI KPM


Kali ini apa yang ingin saya kongsikan ialah cara-cara untuk mengeluarkan data gaji dan elaun guru/aks sebagai senarai semak bagi guru-guru data yang ingin mengemaskini gaji dan elaun staff di sekolah.

Wednesday, October 24, 2012

HUKUM MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

Hukum Daging Korban Berkaitan Dengan Orang Bukan Islam

Keputusan:
Daging korban tatawwu" (sunat) adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia maka hukumnya adalah harus akan tetapi keutamaan adalah kepada golongan miskin di kalangan orang Islam

Thursday, August 9, 2012

Hukum ISBAL Dalam Islam

Hukum Isbal dalam Islam



Muqoddimah
Pembahasan tentang Isbal dalam berbagai tulisan dan ceramah kadang disampaikan dengan cara yang membuat tercetaknya kesan yang kurang tepat dibenak kaum muslimin.  Banyak yang menyangka bahwa semua ulama  dalam berbagai zaman telah bersepakat satu hukum dalam topik ini. Bagi kalangan awam, hal ini bisa menimbulkan fitnah, paling tidak dalam cara penyikapan terhadap saudara sesama muslim yang cenderung “semena-mena” ketika melihat mereka berbeda dengan apa yang difahami. Oleh karena itu menjadi hal yang bermanfaat-Insya Allah- memaparkan seputar topik ini dengan pembahasan yang diusahakan sedekat mungkin dengan obyektifitas dan cara pembahasan yang ilmiah. Mudah-mudahan kaum Muslimin terinspirasi untuk lebih bersemangat dalam Tafaqquh Fiddin dan mengamalkan Islam dengan cara yang paling prima.

Friday, July 27, 2012

Rouz Bil Laban [Nasi Susu @ Puding Nasi]

 

Hari kedua dalam bulan Ramadhan tahun ini adalah suatu sejarah semenjak hampir 10 tahun yang lalu kerana dapat menjamah semula 'desert' yang istimewa berasal dari ardul kinanah bumi mesir iaitu Ruz Bil Laban atau bahasa Melayunya Nasi Susu. Kalau dalam bahasa inggeris ia dipanggil rice pudding, jadi boleh juga kita sebut sebagai Puding Nasi.

Thursday, July 26, 2012

DI KOLEJ: ILMU DICURAH


Suatu pengalaman baru bagi seorang yang mengajar selama 8 tahun di sekolah rendah, mendidik kanak-kanak yang berumur seawal 7 hingga 12 tahun, tiba-tiba naik ke sebuah kolej untuk mengajar remaja dewasa lepasan SPM dengan pendekatan pengajaran yang berbeza dari sekolah rendah. Agak suatu perkara yang mencabar tapi menyeronokkan.

Wednesday, May 23, 2012

TALFIQ ANTARA MAZHAB

 Oleh: Ustaz Bahtiar Hud, Pegawai Jabatan Kemuftian Negeri Sabah.
Soalan :
Saya ingin melaksanakan Ibadah Haji atau Umrah dengan niat mendapat Haji yang mabrur atau Umrah maqbulah, tetapi di sana ada beberapa perkara yang menghalang terhasilnya matlamat saya diantaranya ketika bertawaf saya sering terbatal kerana sering bersentuhan dengan orang yang dikira batal ketika bersentuhan dengannya sebagaimana yang di fahami dalam mazhab Syafie, maka dalam hal ini saya ingin bertalfiq dalam mazhab Hanafi atau Maliki, tolong ajarkan saya dalam perkara ini?

Sunday, April 22, 2012

Dokumen Standard Prestasi & Borang PBS P. Islam Tahun 2


PERHATIAN:

Kegunaan borang pencapaian keseluruhan bidang bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 2 adalah berdasarkan sistem SPPBS bagi memudahkan para GPI atau guru j QAF untuk mengisi sistem tersebut disamping sebagai dokumentasi prestasi dan pencapaian murid sebagai rujukan. Borang ini mestilah dirujuk bersama Dokumen Standard Prestasi (DSP) Pendidikan Islam Tahun 2 ketika membuat pentaksiran. Anda hanya perlu menandakan sahaja kod yang telah dicapai oleh murid pada borang ini setelah merujuk dalam DSP yang disediakan.

Maklum balas, kritik dan saran amat dialu-alukan. Sekian dan terima kasih.

Dokumen Standard Prestasi P. Islam Tahun 2 [kemaskini]
Borang Pencapaian Keseluruhan Bidang Tahun 2 [kemaskini]

abuimtiaz
22042012

Saturday, April 21, 2012

Perkara-Pekara Sunat Dalam Solat

(Rujukan: Kitab Fiqh Manhaji)

Dalam bab solat di bawah tajuk kecil : Perkara-perkara sunat dalam solat.
Terbahagi Kepada TIGA.
  1. Perkara-perkara sunat sebelum solat
  2. Perkara-perkara sunat semasa solat
  3. Perkara-perkara sunat selepas solat

PERKARA-PERKARA MAKRUH KETIKA SOLAT

(Rujukan: Kitab Fiqh Manhaji)

1. Memalingkan tengkok/muka ketika solat kecuali kerana keperluan.

2. Mengangkat pandangan ke atas.

3. Bermain-main dengan rambut (mengurai-uraikannya) dan menyinsing hujung baju lengan ketika solat.

4. Menahan dari membuang air kecil, air besar dan angin ketika solat.

5. Solat dalam keadaan terlalu mengantuk.

6. Solat ketika makanan telah dihidangkan yang mana hatinya teringin memakannya.

7. Solat ditempat-tempat berikut : bilik air, jalan, pasar, kawasan perkuburan, gereja, tempat sampah, tempat unta duduk.

8. Meninggalkan perkara-perkara sunat dalam solat seperti bacaan surah selepas fatihah, doa iftitah, bacaan rukuk sujuk dll.

Monday, April 9, 2012

Rumah Anak Yatim Dan Maahad Al-Kauthar Tambunan.


Pada 7 April yang lepas Allah telah mengizinkan saya ke Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan beserta dengan rombongan dari Madrasah Tahfiz Darul Yatama Membakut. Rasanya agak lama juga tidak ke Tambunan ni. Kalau dahulu sebelum jalan Kimanis belum dibuka, memang jalan Tambunan lah yang dilalui sebagai penghubung jalan dari Keningau ke Kota Kinabalu. Terakhir ke Tambunan ini kalau tidak silap pada tahun 2010 kerana ada jemputan majlis perkahwinan anak ustaz Hadiq Ismail.

Ini merupakan kali pertama saya ke RAY Tambunan. Begitu juga rasanya ahli rombongan yang lain. Hj Ghullam, pengasas Darul Yatama juga turut serta dalam rombongan ini. Tujuan kami datang ke sini ialah untuk memperkenalkan Madrasah Darul Yatama itu sendiri dengan harapan sekiranya terdapat anak-anak yatim yang berminat bolehlah melanjutkan pengajian ke Madrasah tahfiz kami. Dijemput juga untuk hadir pada taklimat ialah wakil daripada tenaga pengajar dan waris atau penjaga para pelajar yang tinggal berhampiran. Tapi yang kelihatan pada ketika itu hanya para pelajar dan beberapa wakil tenaga pengajar yang hadir pada taklimat tersebut. Terima kasih kepada ustaz Saifuddin yang menyambut kami setibanya kami pada jam 10 pagi di RAY.

Sunday, March 4, 2012

TABLET: PENILAIAN DAN PANDUAN


Tablet merupakan gajet IT yang sedang meningkat popular pada masa kini, di mana anda boleh lihat ramai lapisan golongan masyarakat yang semakin menggilai peralatan-peralatan moden dan dapat memenuhi keperluan seharian mereka. Hal ini sangat ketara kerana bila sahaja diumumkan satu-satu produk baru yang akan dikeluarkan oleh sesebuah syarikat, maka orang ramai akan berpusu-pusu ke kedai-kedai untuk mendapatkan produk baru tersebut seolah-olah tidak mahu ketinggalan kepada teknologi yang semakin berkembang pesat.  Ini telah dibuktikan sebagai contoh apabila sebuah syarikat komunikasi yang terkenal, Apple Inc. memperkenalkan tab mereka iPad dan telah terjual sebanyak 3 juta unit hanya dalam 80 hari dan sepanjang tempoh tahun 2010 mereka telah berjaya menjual sebanyak 14.8 juta unit iPad di seluruh dunia. Manakala Mac 2011 yang lalu mereka telah memperkenalkan tab terbaru mereka yang telah mengalami beberapa penambahbaikan dan pembaharuan iaitu iPad 2 telah terjual sebanyak 15 juta unit sepanjang tempoh bulan tesebut.

Tutorial Menambah Font Jawi Untuk Windows XP / Windows 7

Kita boleh menambah font apa sahaja ke dalam sistem Windows XP dan Windows 7. Dengan menambah font ini anda boleh menaip dengan pelbagai jenis tulisan yang anda kehendaki mengikut font yang telah anda tambah.

Walaupun contoh gambar yang akan ditayangkan dalam tutorial ini diambil daripada Windows XP namun caranya adalah sama sekiranya anda ingin menambah font ke dalam Windows 7. Ikuti cara ini insyaAllah ianya tidak susah. Pastikan anda sudah mempunyai font yang ingin ditambah ke dalam folder font windows.