Tutorial kali ini adalah untuk membuat senarai semak mata pelajaran ajar guru di sekolah mengikut kelas dan bilangan masa bagi setiap mata pelajaran. Kuiri ini tidak kurang juga pentingnya kerana demi keesahan data emis, kemaskini pada bahagian mata pelajaran ajar guru juga dianggap penting. Saya cuba syorkan kuiri ini untuk memudahkan rakan-rakan guru data menyemak perubahan mata pelajaran ajar guru terutama di awal tahun persekolahan, kehadiran guru baru atau pindah sekolah dan mengesahkan data yang dimasukkan adalah sama seperti dalam jadual yang telah dibuat oleh guru jadual.
Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts
Monday, November 26, 2012
Wednesday, October 31, 2012
TUTORIAL QUERY DATAEMiS GAJI DAN ELAUN STAF MENGGUNAKAN UTILITI KPM
Kali ini apa yang ingin saya kongsikan ialah cara-cara untuk mengeluarkan data gaji dan elaun guru/aks sebagai senarai semak bagi guru-guru data yang ingin mengemaskini gaji dan elaun staff di sekolah.
Sunday, March 4, 2012
Tutorial Menambah Font Jawi Untuk Windows XP / Windows 7
Kita boleh menambah font apa sahaja ke dalam sistem Windows XP dan Windows 7. Dengan menambah font ini anda boleh menaip dengan pelbagai jenis tulisan yang anda kehendaki mengikut font yang telah anda tambah.
Walaupun contoh gambar yang akan ditayangkan dalam tutorial ini diambil daripada Windows XP namun caranya adalah sama sekiranya anda ingin menambah font ke dalam Windows 7. Ikuti cara ini insyaAllah ianya tidak susah. Pastikan anda sudah mempunyai font yang ingin ditambah ke dalam folder font windows.
Tuesday, July 5, 2011
TUTORIAL INSTALL ARAB/JAWI PADA WINDOWS 7
Berjumpa kita sekali lagi dalam tutorial kali ini. Sebelum ini telah dijelaskan cara-cara memasukkan (install) tulisan arab pada Windows XP. InsyaAllah sebagai perkongsian seterusnya, saya akan menunjukkan cara menambah tulisan bahasa arab pada keyboard anda khususnya bagi pengoperasian Windows 7 supaya anda dapat membaca dan menaip tulisan arab/jawi pada komputer peribadi atau laptop anda.
Ikuti langkah-langkah berikut:
Sunday, June 26, 2011
Tutorial Cara Install Tulisan Arab Dan Jawi Untuk Windows XP
Saya mempunyai sedikit pengalaman di mana ramai kawan-kawan datang minta tolong untuk 'install'kan tulisan arab dan jawi dalam komputer. Dengan senang hatilah memenuhi permintaan mereka ni kerana hendak buat tu tidak juga susah. Tapi kalau tidak tahu tu memang susah lah.
Nak masukkan tulisan arab/jawi dalam Windows XP ini tidaklah sesusah sebelum sistem operasi WinXP seperti Win2000 WinME Win98. Kerana seingat saya untuk Sistem operasi sebelum WinXP ni kena fresh install Windows yang Enable Arabic, contohnya WinME Enable Arabic. Jadi kalau program windows tu yang biasa sahaja, dia tidak boleh baca tulisan arab. Hanya tulisan inggeris sahaja. Bermula WinXP, tulisan bahasa lain boleh dimasukkan tanpa menginstall Windows Enable Arabic yang khas.
Berikut Cara Install Tulisan Arab Dan Jawi Untuk Windows XP:
Subscribe to:
Posts (Atom)


