Wednesday, October 31, 2012

TUTORIAL QUERY DATAEMiS GAJI DAN ELAUN STAF MENGGUNAKAN UTILITI KPM


Kali ini apa yang ingin saya kongsikan ialah cara-cara untuk mengeluarkan data gaji dan elaun guru/aks sebagai senarai semak bagi guru-guru data yang ingin mengemaskini gaji dan elaun staff di sekolah.


Sebelum memulakan kuiri ini pasti anda telah memuat turun data emis terkini sekolah anda untuk dijalankan bersama utiliti KPM yang terkini juga dan letakkan di folder C:/dataonline . Setelah anda selesai mengimport data emis sekolah yang telah dikemaskini melalui utiliti KPM, anda boleh bersedia untuk membuat kuiri berikut.

 1. Pergi ke bahagian menu "create" "Query Design" klik.

2. Akan ada satu table utama yang namanya "show table" keluar, cari dan klik TGStaf, TKElaun, TKBulannaikgaji TKGredgaji, dan TGElaun.
Setelah semua table itu keluar, selarikan setiap 'kod' yang ada di TGStaf dengan table yang lain seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. (klik gambar untuk paparan lebih jelas)


3. Kemudian anda klik 2 kali pada setiap item yang dikehendaki untuk dibuat query. 
Berikut ada seperti contoh gambar di bawah.

Nama
KodJawatan
KodJawatanLuarNorma
JenisStaf
BulanNaikGaji
KodGredGaji
GajiHakiki
Elaun
Amaun
TGStaf
TGStaf
TGStaf
TGStaf
tkbulannaikgaji
TGStaf
TGStaf
tkelaun
TGElaun
 
Pergi ke menu "Design" → "Run" klik.
 

4. Anda akan dapati hasilnya sebegini.
Boleh juga disalin semua data ini untuk diletakkan ke dalam MS Excel sekiranya hendak membuat pengubahsuaian atau cetak.


Sekian Terima Kasih.
Sebarang cadangan, kritik dan saran yang membina amat dialu-alukan.

abuimtiaz
31102012

0 comments:

Post a Comment