Tuesday, July 5, 2011

TUTORIAL INSTALL ARAB/JAWI PADA WINDOWS 7

http://www.dumblittleman.com/wp-content/uploads/2014/04/Windows-7.jpg

Berjumpa kita sekali lagi dalam tutorial kali ini. Sebelum ini telah dijelaskan cara-cara memasukkan (install) tulisan arab pada Windows XP.  InsyaAllah sebagai perkongsian seterusnya, saya akan menunjukkan cara menambah tulisan bahasa arab pada keyboard anda khususnya bagi pengoperasian Windows 7 supaya anda dapat membaca dan menaip tulisan arab/jawi pada komputer peribadi atau laptop anda.

Ikuti langkah-langkah berikut:

1.    Klik start dan klik ‘control panel’.

2.    Bila control panel telah terbuka, lihat kategori besar Clock, Language and Region dan klik ‘change keyboards or other input methods’.
3.    Setelah itu klik butang ‘Change keyboards’.

4.    Kemudian klik butang ‘Add’.


5.    Sekarang kita akan menambah Bahasa Arab. Lihat pada gambar di bawah. Klik tanda + untuk membuka setting seterusnya.
 Pastikan Arabic (101) sudah tertanda.

6.    Akhir sekali, untuk memastikan Windows 7 anda sudah dilengkapi dengan bahasa arab, sila lihat taskbar di bawah sebelah kanan ( berhampiran dengan masa ).



Alhamdulillah…sekarang Windows 7 anda sudah dilengkapi dengan bahasa arab. Anda boleh sudah membaca dan menaip tulisan arab dan jawi.
Untuk font-font arab dan jawi, anda boleh mendownload di sini.

Abu Imtiaz @ 05072011

7 comments:

  1. SALAM..ADA X CARA TUTORIAL INSTALL TULISAN ARAB DAN JAWI WINDOWS 8 TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Windows 8 dan windows 7 caranya tidak jauh berbeza. Anda boleh cuba berpandukan tutorial di atas.

      Control panel -> Clock, Language and Region -> Add Language

      Delete
  2. alhamdulillah, sangat membantu, terima kasih! =)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Saya dah download FONT ARAB/JAWI dari pautan (link) yg diberi di atas tu. Namun, saya dapati ada beberapa huruf jawi tiada di situ spt nya (پ), cha (چ), pa (ڤ), ga (ݢ), nga (ڠ), dan vi (ۏ).

    Jadi, ada alternatif lain utk mendapatkan set FONT JAWI yg lengkap tersebut?

    Terima kasih.

    p/s Mac OS memang sudah ada set font jawi yang lengkap. Kita hanya perlu pilih Malay (Arabic) language/keyboard.

    ReplyDelete
  4. Cara yg diberi dlm laman ni sudah okay utk langkah pertama iaitu utk setup komputer utk menulis tulisan Arab.

    Kita hanya perlu download Keyboard Jawi Sirim utk mendapatkan SET FONT JAWI yang lengkap.

    Boleh dari laman web ni pula: http://aponih.blogspot.com/2012/03/tutorial-2-download-dan-install-program.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada tuan safuan atas perkongsian tersebut.

      Font arab/jawi pada pautan yang saya memang mempunyai huruf-huruf yang tuan sebutkan seperti font 'al-hami', 'jawi - biasa' dan 'biasa 2'.

      Ini saya sudah jelaskan pada entri yang lepas http://abuimtiaz.blogspot.com/2012/03/tutorial-menambah-font-jawi-untuk.html

      Cara yang saya kongsikan ini adalah tanpa meng'install' perisian 'third party' seperti jawi multikey dan keyboard jawi sirim/ukm dsb. Ini bermakna, kita sebenarnya sudah boleh menaip jawi dengan membuat penambahan bahasa pada keyboard windows dan menyelaraskannya dengan font jawi tanpa perisian pihak ketiga. Walaubagaimana pun saya tidak menafikan perisian khusus jawi itu memudahkan.

      Terima kasih.

      Delete