Wednesday, August 10, 2011

Aplikasi Mushaf Al-Madinah [Win/Mac][Windows Mobile][Android][IPhone]

MEMBACA AL-QURAN DI MANA SAHAJA




Anda mungkin sahaja terlupa suatu ayat yang dihafaz tetapi tidak ada mushaf di sini sedangkan anda sedang berada di shopping complex, dalam kereta atau tengah bercerita dengan kawan-kawan. Mungkin juga anda baru teringat pada hari ini belum lagi membaca satu ayat pun daripada al-Quran sedangkan anda berada di tepi pantai. 


Maka sekarang al-Quran bersama anda yang boleh diakses di mana sahaja.

Kita amat digalakkan untuk membaca al-Quran setiap waktu terluang. Malah dengan hanya membacanya kita akan memperolehi ganjaran pahala yang begitu banyak tak terhingga. Ini kerana membacanya adalah suatu ibadah dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

وعن ابن مسعود قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة ، والحسنة بعشر أمثالها ، لا أقول الم حرف ، ألف حرف ولام حرف وميم حرف " رواه الترمذي والدارمي

 Maksudnya: Daripada Ibn Mas'ud r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah (al-Quran) maka baginya satu hasanah(kebaikan), dan setiap satu hasanah bersamaan 10 pahala, tidak aku katakan الم itu satu huruf, bahkan alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf." (HR At-Tirmizi), Tarmizi berkata dalam sunannya, hadis ini hasan sohih ghorib.
Dizaman moden penuh dengan teknologi ini pula, mushaf al-Quran menjadi begitu senang dibawa ke mana-mana tanpa membawa mushaf yang sebenar. Ia telah di'digitalize'kan di gajet-gajet yang sangat berteknologi tinggi. Maka inovasi ini menjadikan urusan kehidupan menjadi begitu mudah dan menjadikan ruang bacaan tidak terhad di masjid atau di rumah bahkan di dalam kereta sesambil menunggu anak pulang dari sekolah atau berehat-rehat di taman rekreasi boleh sahaja lidah kita membaca ayat-ayat suci al-Quran.

Sebenarnya tersangat banyak aplikasi al-Quran dengan pelbagai versi yang telah di kemaskini mengikut sistem operasi yang ada seperti Windows, Mac, Android, Windows Mobile, IPhone, Symbian dan lain-lain lagi. Namun saya memilih beberapa sistem operasi seperti tajuk di atas dan aplikasi yang menjadi pilihan saya ialah Mushaf Al-Madinah.

Salah satu sebab Mushaf Al-Madinah ini menjadi pilihan adalah kerana pramukanya sama dengan mushaf al-Quran yang sebenar seperti ketepatan muka surat, tulisan, kepala ain dll. Beberapa fungsi tambahan juga kadang-kadang boleh didapati seperti bacaan beberapa qari pilihan, tafsir, terjemahan, kalender dan sebagainya mengikut pembangun aplikasi tersebut. Walaubagaimana pun aplikasi seperti ini amat sesuai dengan skrin yang besar lebih-lebih lagi sesiapa yang memakai telefon pintar dan amat padanlah dengan resolusi 800×480 (WVGA). Diharapkan perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat kepada kita semua dalam menghidupkan hati dan suasana persekitaran kita dengan bacaan al-Quran.

[Windows | Macintosh]
Link download : http://www.quranflash.com/en/download/index.html

Aplikasi ini memerlukan flash player yang boleh di download di sini. Walaubagaimana pun ia tidak sesuai dengan skrin LCD 10.1" seperti Netbook. Besar daripada itu insyaAllah sesuai dan dapat membaca penuh paparan aplikasi tersebut.

screenshot:
http://3.bp.blogspot.com/-YrD37KqLPX4/TWbw7AugO_I/AAAAAAAAAOk/UogsF5O44a8/s1600/Quran+Flash+Version2009+%2528FULL%2529+By+Geo+Kasur.jpg 


 http://www.alemadi.ws/images/QuranFlash.jpg

 http://revert2007.files.wordpress.com/2009/11/quran_flash_index.jpg 

[Windows  Mobile]
Link download : http://pocketpc.qurancomplex.gov.sa/download/82

Untuk bahagian ini, pengguna boleh memilih sama ada ingin menginstall melalui PC atau pun terus melalui Pocket PC. Sekiranya ingin install melalui PC, pengguna mestila hubungkan Pocket PC atau PDA tersebut dengan komputer melalui Microsoft Active Sync.  Segala arahan, fungsi-fungsi lain seperti tafsir, bacaan audio, terjemahan dan jadual solat/azan terdapat di dalam laman web tersebut.

screenshot:

 


 


[Android]
Link Download : https://market.android.com/details?id=com.hamdyghanem.holyquran

File APK : http://code.google.com/p/holyquran4android/downloads/detail?name=HolyQuran.apk&can=2&q=

File SDCard :


Petunjuk Install :

  1. Download dan langsung Install dari Market via HP aplikasi Holy Quran, atau download dari link File APK diatas lalu copas ke HP dan di install via File Manager HP.
  2. Yang terpenting di download dari File SDCard untuk bisa menggunakan aplikasi Holy Quran adalah File IMG dan Database, sedangkat yang lain seperti Tafsir, Surat Detail, Dictionary dan Recitation adalah pelengkap tambahan saja.
  3. Untuk 6 File SDCard yang sudah di download, di ekstrak dan di copas di HP : sdcard\hquran\
  4. Buka aplikasi Holy Quran. Selesai


screenshot:





( sumber untuk android : http://izkahubb.wordpress.com/2011/08/03/android-aplikasi-mushaf-al-quran/ )




[Iphone]


Link download : http://itunes.apple.com/WebObjects/MZStore.woa/wa/viewSoftware?id=328962407&mt=8

Aplikasi ini terdapat di dalam iTunes Store dan dibangunkan oleh iPhoneIslam yang berpusat di Mesir. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi ini laman web ini.


Screenshot :




Al Musahaf Natural Book Flipping Like iPhone Quran app 

Penutup
Seperti yang saya katakan awal-awal tadi, banyak lagi aplikasi yang serupa dengan pelbagai versi telah dibangunkan untuk kegunaan orang ramai membaca al-Quran. Walau pun al-Quran boleh di baca di mana-mana, namun adab-adab membacanya haruslah juga diamalkan kerana apa yang baca itu merupakan KalamuLLah. 

Begitu juga tidak dinafikan adalah lebih afdhal membaca mushaf al-Quran disertakan wudhu' sertakan beri'tikaf di dalam masjid. Artikel ini hanya menyarankan agar kemudahan serta teknologi yang sedia ada pada hari ini jangan dipersiakan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah sebaliknya gunakanlah dengan sebaik-baik yang boleh mendatangkan pahala serta redha Allah kepada kita.
Abu Imtiaz @ 10082011


1 comment:

  1. This is best , i need more Qurans related for Iphone and Android, JazakAllah

    ReplyDelete