Kedudukan Hadith: "Rasululah S.A.W. Dan Pengemis Yahudi Buta"
ISU:
Bagaimana kedudukan kisah ini dari segi kebenarannya? Jika benar, mohon tuan sertakan sekali rujukan hadithnya: "Rasululah S.A.W. DAN Pengemis Yahudi Buta
Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad.
Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w.
wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang
membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.Suatu
hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau
bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku
kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau
adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum
ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar
r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di
sana", kata Aisyah r.ha. Keesokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar
dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar
r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya.
Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil
berteriak, "Siapakah kamu ?". Abu bakar r.a menjawab, "Aku orang yang
biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si
pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini
memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa
mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya
makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan
mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abubakar r.a.
tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada
pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku
adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada.
Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar
cerita Abu bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah
demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak
pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan
setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya
bersyahadat dihadapan Abubakar r.a."
PENJELASAN:
Setakat pencarian dan rujukan yang dibuat, tidak ditemui nas hadis tersebut dalam kitab-kitab hadis yang muktabar, sekalipun cerita ini banyak tersebar di laman-laman web berbahasa Malaysia dan kedapatan beberapa laman web berbahasa Arab juga menyebarkan cerita di atas.
Walau bagaimanapun tidak ada sumber yang boleh dirujuk bagi
mengesahkan kebenaran cerita tersebut. Apatah lagi dalam cerita di atas
terdapat bahagian yang menunjukkan ketidakbenaran cerita tersebut, iaitu
Abu Bakr r.a. berbohong kepada pengemis Yahudi apabila pengemis itu
bertanya, “Siapakah kamu?”, lalu Abu Bakr r.a. menjawab, “Aku orang yang
biasa”. Berbohong dalam perkara tersebut tidak mungkin berlaku kepada
seorang sahabat yang mulia seperti Abu Bakr r.a. yang digelar al-Siddiq.
Tidak ada keperluan dan darurat untuk berbohong dalam situasi di atas.
Maka dibimbangi ia adalah petunjuk bahawa cerita di atas adalah tidak
sahih daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan Abu Bakr r.a.
Wallahu A’lam.
Sumber e-fatwa Malaysia
0 comments:
Post a Comment