Friday, December 2, 2011

Sana Ranau: Indahnya Ciptaan Allah.



Agak lama juga rasanya tidak berjalan-jalan ke daerah Ranau ni walau pun hanya sejam lebih perjalanan dari Kota Kinabalu. Paling akhir pun ke sini ialah dua tahun lepas semasa singgah dari Sandakan kerana ada aktiviti sukan. Itu pun bukan niat untuk berehat-rehat atau melawat ke mana-mana, hanya singgah ke restoran kemudian sambung perjalanan balik ke Membakut.

Tapi tiga hari lepas Allah telah mengizinkan kami sekeluarga untuk menikmati keindahan daerah Ranau ini lebih-lebih lagi kawasan Kundasang yang umum orang tahu faktor geografi banyak memain peranan dalam membina suasana yang hening, bening dan tenteram ini. Memang amat berhajat untuk ke Kundasang ni sebenarnya kerana sebelum ni tidak tahu ada tempat-tempat yang lebih menarik belum dikunjungi.

Dua hari satu malam berada di Kundasang sebenarnya tidak mencukupi dari sudut ruang masa untuk berehlah kesemua tempat di sini, tapi cukup untuk menghiburkan hati keluarga terutama anak-anak supaya mereka terasa akan kebersamaan sebagai sebuah keluarga dan merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Ketika sampai di Kundasang keadaan sudah agak gelap. Hari yang petang ditambah pula hujan yang turun macam tiada hentinya. Oleh itu tindakan pertama yang perlu dibuat ialah mencari tempat untuk tidur pada malam tersebut. Mencuba pula tempat yang belum pernah di pergi iaitu Mesilau, Dengan bantuan GPS sampai juga akhir ke Mesilau. Jauh sungguh. Tidak perasaan KM pada GPS. Yang terperasan hanya KM setiap simpang yang akan dimasuki. Rupanya Mesilau ni di kaki gunung Kinabalu. Tapi tempatnya cantik amat berbaloi biar pun jauh. Cumanya harga penginapan sangat mahal. Kemudian waktu siang bekalan elektrik tiada. Hanya pada waktu malam sahaja akan dibekalkan elektrik dengan bantuan genset. Sudahlah bejalan begitu jauh, tidak jadi menginap, minyak kereta pula semakin kering. Akhirnya terpaksa juga ke pekan Ranau untuk membeli minyak. Singgah Petronas. Kemudian beli barang makanan. Balik ke Kundasang dan cuba ke beberapa buat resort dan hotel semuanya full house. Nasib Heritage Hotel (dulunya hotel perkasa) masih kosong. Tanya harga untuk government rate dapat la RM150 untuk double bed. Hanya untuk berehat semalam sahaja ok lah. Tapi dalam mencari tempat penginapan tadi geram juga bila bumper depan crack kena batu besar. Memang tidak perasaan. Cuaca masih hujan. Tahan saja lah.

Malam itu berehat di Heritage Hotel. Rukhsah solat tetap digunakan. Allah sudah bagi kemudahan semasa musafir maka buatlah. Solat qasar dan jamak boleh dilakukan selama tiga hari tidak termasuk perjalanan pergi dan balik. Dan jarak musafir pula adalah lebih kurang 91KM walaupun ada pendapat yang mengatakan 86KM tetapi untuk berhati-hati ambillah yang jauh sikit supaya hati terasa aman dari perasaan was-was.

Esoknya bersiap untuk pergi ke Dairy Farm. Perjalanan yang sama ke Mesilau. Kira-kira 3/5 sebelum sampai ke Mesilau lah. Jarak KM tidak pasti. Kena tengok balik GPS. Subhanallah. Cantik sungguh, rasa macam di New Zealand pun ada. Hijauan rumput saujana mata memandang. Sebelum ni tengok gambar orang sahaja, mula-mula dulu ingatkan over sea. Rupanya di Kundasang.




Lepas tu ke Kundasang War Memorial dan English Garden. Hanya lebih kurang 250 meter sahaja dari bulatan Kundasang.Tempatnya 2 dalam satu. Sekali bayar dapat masuk dua-dua tempat ni. RM2 untuk dewasa dan RM1 kanak-kanak. Tempatnya cantik, tersusun dan banyak dihiasi pohon hijau serta bunga-bungaan. Berjalan dan bergambar saja lah.


Hanya dua tempat ini sahaja yang sempat dikunjungi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cumanya waktu pulang cuaca mula hujan. Semasa turun dari bukit ranau menuju ke Tamparuli tidak disedari semasa memotong kereta di hadapan tayar kereta terasa hilang kawalan kerana jalan dipenuhi dengan air. Kereta sudah terpusing sedikit lebih kurang 50 darjah kerana ada selekoh di hadapan dan mengelak dari pagar jalan. Syukur tiba-tiba tayar kereta kembali mencengkam di jalan raya. Allahu Akbar. Anak-anak sedang tidur. Isteri terkejut dengan kejadian. Alhamdulillah Allah selamatkan dari musibah. 

رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”" (QS. Al Baqarah: 286)

Abu Imtiaz @ 02122011

0 comments:

Post a Comment