Saturday, December 3, 2011

MARI MAIN BADMINTON


Semenjak dua menjak ni minat untuk bermain badminton timbul. Maka terbeli lah raket yang pertama yang dibeli di Indonesia. Kebetulan member melancong ke sana dan mengatakan raket di situ murah sedikit banding di Malaysia. Masa tu tidak tahu lagi raket apa yang mahu dibeli maka dengan penuh kepercayaan dan harapan diberi kepada beliau untuk memilih mana-mana raket yang sesuai dengan bajet poket ni. Member tu pun membeli raket Yonex Arcsaber Z Slash. Lawa raket tu.


Walaupun raket ni bukan original Jepun tapi agak mantap juga la bermain dengannya. Boleh la tahan main untuk keluar peluh saja pun. Bukan mau jadi pro macam Lee Chong Wei ka Lin Dan ka. Itu kena ada special dalam diri la untuk tiba-tiba jadi hebat. LCW tu pun main berapa ratus kali baru jadi pro. So ikut niat dan bajet la, kalau niat untuk sekadar beriadhah dan kesihatan...maka raket biasa-biasa pun memadai. Tapi sekiranya mahu pergi lebih jauh, kemudian bajet pun tinggi melambung...tidak salah juga kalau mahu beli yang original jepun sampai harga RM700-900 tu.

Lepas tu mencuba pula raket lain. Ya la. Tak kan satu ja kan. Nanti time main putus mana raket spare mau guna. Kena ada spare 3-4 raket juga lepas ni. Raket seterusnya ialah Voltric 80. Model ni keluar semasa LCW main kejohanan All England 2011.


Lepas beberapa ketika main dan memilih raket, barulah faham rupanya setiap raket ada kelebihan tertentu. Ikut watak pemain juga mana yang sesuai, sama ada suka main offensive atau defensive, main single atau double. Bila sudah faham bentuk permainan sendiri barulah boleh pilih raket dan string yang sesuai. Kemudian permainan pun akan jadi mantap. Akan datang boleh sudah ikut tournment. Masa tu memang fikir jauh sudah bukan lagi main setakat keluar peluh. Kalau tengok carta ni mungkin baru boleh faham.



Semoga lepas ni tidak lagi bingung mau pilih raket dan string. bila ada guide line ni senang pula. Hanya perlu fikir saja bajet yang akan keluar kerana harganya juga bukan alang-alang. Ada macam-macam versi seperti JP untuk jepun, TW untuk taiwan dan CH untuk china. Yang paling mahal JP kod. Boleh tengok diserial No dia dekat kon tu.

0 comments:

Post a Comment