Wednesday, August 17, 2016

ILMU TAJWID: ILTIQĀ'U AL-SĀKINAIN [Pertemuan Dua Sukun]


ILTIQĀ'U AL-SĀKINAIN
التقاء الساكنين

Tajuk ini merupakan pelajaran minggu lepas yang belum sempat saya kongsikan dan merupakan kesinambungan kepada tajuk hamzah wasal.

Saya akan memberikan penerangan berpandukan peta minda yang dilakar.

Iltiqaussakinain atau pun maksudnya pertemuan dua sukun boleh dibahagikan kepada 3 bahagian yang terdapat di dalam al-Quran.

1. Tanwin bertemu hamzah wasal.
Pada bahagian ini disebutkan juga sebagai nun iwad.

Seperti sedia maklum, bacaan tanwin adalah sama dengan sebutan nun mati.

(Saya seringkali mengingatkan kepada pelajar atau murid bahawa tanwin dan nun mati walau berbeza pada tulisan tetapi mereka sama pada sebutan. Kerana itu mereka disekalikan dalam hukum nun sakinah dan tanwin.)
Cuba baca:
اَنْ اِنْ اُنْ              اً اٍ اٌ
Bacaannya tetap an-in-un

Baik. Kembali kepada tanwin bertemu hamzah wasal. Sebagaimana yang telah maklum hamzah wasal tidak berbaris dan huruf selepasnya akan bertanda sukun atau syaddah. (Pada asasnya syaddah juga adalah gabungan huruf yang sama bertanda mati dan berbaris).

Pada keadaan ini, sebutan nun mati pada tanwin hendaklah dihidupkan dengan berbaris bawah sebagaimana contoh yang diberikan. Kerana itu bahagian ini dinamakan sebagai 'nun iwad' iaitu nun pengganti/penyambung. Ia juga mempunyai nama lain seperti nun wasal dan nun wiqāyah.
Contoh lain.

خَيراً الْوَصِيَّةُ - khoironil wasiyatu
يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ - yawma'idzinil haqqu
نُوحٌ ابْنَهُ - nuhunib nahu

2. Pertemuan 2 sukun pada awal surah Āli Imrān. (Ayat 1 dan 2)

Cara baca yang dibolehkan ada tiga wajah.

a. Bacaan Wasal 1 -
• ألِفْ
• لآم
(Mad lazim harfi muthaqqal 6 harakat dengan idgham mithlain)
• مِيمَ
(2 harakat seperti mad asli dan mim akhir berbaris atas.)

b. Bacaan wasal 2 -
• ألِفْ
• لآم
(Mad lazim harfi muthaqqal 6 harakat dengan idgham mithlain)
• مِيمَ
(6 harakat seperti mad lazim harfi mukhaffaf dan mim akhir berbaris atas.)

c. Bacaan waqaf - bacaan seperti biasa.

3. Sukun pertama yang telah sedia dibariskan di dalam mushaf.

Bahagian ini agak senang. Sukun yang pertama telah pun sedia dibariskan di dalam mushaf mengikut kesesuaiannya. Untuk mengenalpasti lebih lanjut bahagian ini, seseorang itu mesti tahu bahasa arab

Sekian. Maaf segala kekurangan. Mohon juga tunjuk ajar daripada tuan-tuan guru pakar al-Quran.

والله أعلم

Wednesday, August 3, 2016

Ilmu Tajwid: Hamzah Wasal


Peta minda saya malam ini untuk kelas tajwid di Masjid Ulu Mawao Membakut
Bab ini membincangkan bacaan hamzah wasal yang pada permulaan bacaan. Hamzal wasal boleh dikenal pasti pada perkataan alif yang bertanda kepala sod.

Cara membaca hamzah wasal pada permulaan bacaan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian:
1. Hamzah wasal pada alif lam sama ada alif lam qamariyah atau alif lam syamsiyah.
Pada ketika ini cara bacaan hamzah wasal sentiasa berbaris atas. Contoh pada perkataan
الحمد لله
الرحمن
القارعة

2. Bacaan hamzah wasal berpandukan baris pada huruf ketiga.
Dalam hal ini, ia terdapat dalam 3 keadaan.

a. Apabila huruf ketiga berbaris atas maka hamzah wasal di baca kasrah.
Contoh: اقْتَرَبَ

b. Apabila huruf ketiga berbaris bawah maka hamzah wasal di baca kasrah.
Contoh: اهْدِنَا

c. Apabila hamzah wasal berbaris depan maka hamzah wasal di baca dhommah.
Contoh: ادْعُوا

3. Bacaan hamzah wasal tidak berpandukan baris huruf ketiga.
Bahagian ini agak sukar kerana kita tidak dapat menentukan bacaan hamzah wasal seperti kaedah yang kedua. Oleh itu kalimah-kalimah dalam bahagian ini hendaklah dihafal kerana ia terkeluar dari kaedah yang sebelumnya.

Bahagian ini dibahagikan kepada 3. Iaitu Isim (kata nama), Fi'il (kata kerja) dan ibdal. Boleh lihat contoh peta minda yang telah dilakar.

Untuk bahagian isim dan fi'il, bacaan hamzah wasalnya sentiasa kasrah.

Manakala ibdal seperti contoh yang diberikan, walau terdapat beberapa kalimah saya cuma fokus kepada 1 kalimah yang terdapat dalam surah al-ahqaf ayat 4 kerana ia berada selepas waqaf. Bacaan bagi kalimah ائْتُونِي ketika wasal adalah seperti biasa. Akan tetapi sekiranya permulaan bacaan pada kalimah ini, bacaan hamzah wasal hendaklah dikasrahkan dan hamzah kedua diibdalkan kepada huruf ya. Jadilah bacaannya ايتونى (iituunii).

Kaedah yang boleh dipakai ialah dengan melihat rumah hamzah pada huruf kedua. Sekiranya hamzah berumah ya, maka ibdal ke huruf ya. Terdapat kalimah yang hamzah berumah huruf wau seperti dalam surah al-baqarah ayat 283 اؤْتُمِنَ . Sekiranya bacaan dimulakan dengan kalimah ini maka hamzal wasalnya hendaklah dibaca dhommah dan hamzah kedua ibdal huruf wau (uutumina).

Wallahu a'lam.

Saturday, January 3, 2015

Kedudukan Hadith: Rasululah S.A.W. Dan Pengemis Yahudi Buta

Kedudukan Hadith: "Rasululah S.A.W. Dan Pengemis Yahudi Buta"


ISU:

Bagaimana kedudukan kisah ini dari segi kebenarannya? Jika benar, mohon tuan sertakan sekali rujukan hadithnya: "Rasululah S.A.W. DAN Pengemis Yahudi Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. 

Friday, December 5, 2014

Balasan Hukuman Tanpa Dalil Berkenaan Rambut Wanita.


Rambut wanita adalah salah satu aurat yang wajib ditutup. Membukanya merupakan perbuatan maksiat yang mendatangkan dosa kepada sipelakunya.

Ini berdasarkan Firman Allah SWT:



وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآئِهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآئِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٰنِهِنَّ أَوۡ بَنِيٓ إِخۡوَٰنِهِنَّ أَوۡ بَنِيٓ أَخَوَٰتِهِنَّ أَوۡ نِسَآئِهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِي ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٰتِ ٱلنِّسَآءِۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (surah An-Nur ayat 31)

Program Di Kg Kitana, Ulu Bambangan, Membakut


29 November 2014
Bersama dengan penduduk Kg Kitana dalan majlis khatam AlQuran murid2 Kafa. Majlis yang sederhana tetapi meriah. Saya sampaikan tazkiran ringkas di sini atas jemputan Tuan Pengerusi KAFA Kg Kitana yang bertajuk "Kelebihan Al-Quran, Kelebihan Bersedekah dan Kepentingan Bersatu Dalam Islam". (Tajuk telah ditentukan oleh tuan majlis).

Saya suka keadaan di kg ini kerana pemuda dan pemudinya bekerjasama dalam menjayakan majlis ini.

Kg Kitana, Ulu Bambangan Membakut. 1st time dengar dan 1st time sampai.