Thursday, August 22, 2013

[KSSR] DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN DSKP TAHUN 4, 2014.


Perkembangan terkini KSSR tahun 4 2014 ialah gabungan antara DSK (Dokumen Standard Kurikulum) dengan DSP (Dokumen Standard Prestasi) menjadi DSKP Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang digubal oleh BPK.

Antara kebaikan DSKP;

1. Guru hanya perlu merujuk satu dokumen sahaja dalam persediaan mengajar dan pentaksiran mereka kerana dokumen ini meliputi Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi).

2. Tidak ada lagi istilah band yang mengandungi pelbagai deskriptor dan puluhan evidens serta kod-kod yang memeningkan.

3. Pelaporan secara offline dan tidak melibatkan LPM.

4. Guru hanya perlu memasukan pelaporan setelah selesai satu-satu Standard Kandungan dilaksanakan.

5. Guru bebas untuk mentaksir murid semasa pdp sesuai dengan kehendak SPi.

Ini adalah beberapa penambahbaikan dan perubahan DSKP berbanding DS sebelum ini dan kemungkinan akan ada beberapa perubahan serta penyelarasan yang lain lagi mengikut kesesuaian oleh BPK.

Untuk murid tahap satu, penggunaan DSK dan DSP masih lagi diteruskan dan dilaksanakan sehinggalah suatu masa yang diberitahu kelak.

Wallahu a'lam.
Abu Imtiaz
22082013

Saturday, May 18, 2013

Jadual Gaji Miminum - Maksimum JGMM Bagi Guru Bermula 2012


Berikut adalah jadual gaji baru SSM yang berkuatkuasa bermula 1 Januari 2012 bagi gred DG41, DG44, DG48, DG52 (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) dan DGA29, DGA32, DGA34 (Kumpulan Pelaksana) .

Sila klik pada gambar untuk besarkan imej.

Thursday, March 14, 2013

PERUBAHAN AGIHAN MASA PROGRAM J-QAF BERMULA 2013


SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KP(BPSH-SPDK)201/005/02 JLD.4 (33) BERTARIKH 21 DISEMBER 2012 ADALAH BERKAITAN.

AGIHAN WAKTU BAGI SEMUA TAHUN BERMULA TAHUN 1-6 ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT :

1) AL-QURAN : 3 WAKTU SEMINGGU

2) ULUM ASY-SYARIAH : 2 WAKTU SEMINGGU

3) JAWI : 1 WAKTU SEMINGGU

JUMLAH KESELURUHAN WAKTU PENDIDIKAN ISLAM IALAH 6 WAKTU SEMINGGU.  


RPT terbaharu untuk kegunaan KSSR tahun 1 - 3 mengikut agihan bidang yang baharu.

1. RPT Pendidikan Islam Tahun 1 2013
2. RPT Pendidikan Islam Tahun 2 2013
3. RPT Pendidikan Islam Tahun 3 2013

Wednesday, February 20, 2013

MAKLUMAN TAMBAHAN MTQSS KALI KE 39

Acara Bercerita Kisah Al-Quran MTQSS ke-39 pada tahun ini akan dilaksanakan mengikut format yang baru, iaitu satu soalan spontan akan diajukan kepada peserta selepas setiap peserta selesai mempersembahkan cerita masing-masing. Soalan tersebut adalah berkaitan dengan tajuk bercerita yang dipersembahkan.

Sunday, February 3, 2013

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM 2013

PANDUAN AM
PERATURAN
FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2013M/1434H


A . Tema Festival Nasyid Sekolah-Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2013M/1434H
( Lirik Lagu Pertama )
”Al-Quran Penjana Wasatiyyah ummah”