MEMBACA AL-QURAN DI MANA SAHAJA
Anda mungkin sahaja terlupa suatu ayat yang dihafaz tetapi tidak ada mushaf di sini sedangkan anda sedang berada di shopping complex, dalam kereta atau tengah bercerita dengan kawan-kawan. Mungkin juga anda baru teringat pada hari ini belum lagi membaca satu ayat pun daripada al-Quran sedangkan anda berada di tepi pantai.
Maka sekarang al-Quran bersama anda yang boleh diakses di mana sahaja.
Kita amat digalakkan untuk membaca al-Quran setiap waktu terluang. Malah dengan hanya membacanya kita akan memperolehi ganjaran pahala yang begitu banyak tak terhingga. Ini kerana membacanya adalah suatu ibadah dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
وعن ابن مسعود قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة ، والحسنة بعشر أمثالها ، لا أقول الم حرف ، ألف حرف ولام حرف وميم حرف " رواه الترمذي والدارمي
Maksudnya: Daripada Ibn Mas'ud r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah (al-Quran) maka baginya satu hasanah(kebaikan), dan setiap satu hasanah bersamaan 10 pahala, tidak aku katakan الم itu satu huruf, bahkan alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf." (HR At-Tirmizi), Tarmizi berkata dalam sunannya, hadis ini hasan sohih ghorib.