Sunday, March 4, 2012

Tutorial Menambah Font Jawi Untuk Windows XP / Windows 7

Kita boleh menambah font apa sahaja ke dalam sistem Windows XP dan Windows 7. Dengan menambah font ini anda boleh menaip dengan pelbagai jenis tulisan yang anda kehendaki mengikut font yang telah anda tambah.

Walaupun contoh gambar yang akan ditayangkan dalam tutorial ini diambil daripada Windows XP namun caranya adalah sama sekiranya anda ingin menambah font ke dalam Windows 7. Ikuti cara ini insyaAllah ianya tidak susah. Pastikan anda sudah mempunyai font yang ingin ditambah ke dalam folder font windows.


1. Klik butang windows (start) dan klik Control Panel.

2. Klik pada folder Fonts.
3. Bila folder Fonts telah terbuka, anda boleh buat salinan (copy) font-font yang ingin dimasukkan.
contohnya seperti gambar ini....pilih font yang dikehendaki kemudian klik kanan untuk membuat salinan.
4. Pergi pula ke folder Fonts tadi dan mula melakukan paste.
tunggu sehingga semua font yang disalin itu tadi berjaya dimasukkan ke dalam folder fonts windows.

5. Setelah itu anda boleh mencuba melihat hasilnya dengan membuka program MS Word.
Anda boleh melihat jenis-jenis fontnya di sini.

6. Sebelum mula menaip, sila pastikan perkara-perkara berikut.
1. Jenis font dan saiznya.
2. Arah tulisan dari kanan ke kiri (bagi tulisan arab/jawi).
3. Tukaran bahasa.

7. Anda boleh sudah mula menaip. Inilah hasilnya.


Senang kan!! bah lepas ini anda boleh lah mencuba beberapa jenis font yang lain. Sistem Windows anda sudah bertambah font dan ini terpakai kepada semua program tidak tertumpu kepada Words sahaja malah dalam Ms Excel dan Ms PowerPoint pun sudah ada font yang telah anda masukkan tadi.

Cuma bagi huruf jawi...anda perlu tahu kedudukan huruf-hurufnya. Sila lihat jadual di bawah.
Anda boleh mendapatkan font jawi yang telah saya kompailkan di sini.
Sekian sahaja tutorial pada kali ini...selamat mencuba dan semoga berjaya.

Abu Imtiaz
04032012

0 comments:

Post a Comment