Saturday, December 31, 2011

SEKOLAH TAHFIZ DARUL YATAMA


Daerah Membakut telah mencipta sejarah tersendiri apabila sebuah sekolah tahfiz Al-Quran dan rumah anak yatim telah ditubuhkan dari titik keimanan dan keikhlasan seorang hamba Allah yang membiayai sepenuhnya penubuhan sekolah ini.



PENGASAS
Pengasasnya ialah Tn. Hj. Ghulam Khan. Tanah yang dibeli kira-kira 2 tahun lepas seluas 2 ekar lebih kini telah terbangun sekolah tahfiz dan rumah anak yatim. Lebih kurang 7 tahun beliau cuba menjejaki tuan tanah ini. Masa itu belum lagi beliau terfikir untuk membina sekolah ini. Suatu hari beliau menunaikan solat di sebuah masjid. Amat senang hati apabila melihat sekumpulan anak-anak pelajar tahfiz lengkap berjubah dan serban yang tinggal berhampiran sebab masjid berkenaan turut sama solat berjemaah. Ketika itulah beliau terfikir untuk membuka sebuah sekolah.

Tidak berapa lama selepas itu beliau didatangi tuan kepada tanah yang beliau hendak beli. Maka transaksi pembelian tanah tersebut dijalankan setelah kedua-dua pihak mencapai kata sepakat. Tanah yang betul-betul berada berhampiran rumah beliau inilah dijadikan sebagai tapak rumah anak yatim dan sekolah tahfiz.

PEMBINAAN
Sekolah ini mengambil masa hanya setahun untuk disiapkan. Bermula dari awal tahun 2011, kerja-kerja menimbus tanah dijalankan. Ia diteruskan kepada pembinaan beberapa bangunan untuk bilik-bilik asas seperti bilik pentadbiran, bilik p&p, bilik asrama, rumah guru, bilik air dan dewan makan. Memang agak cepat pembinaan yang dijalankan. Ini berlaku kurang dari setahun. Dewan makan yang saya lihat pada bulan November yang lalu, baru tapaknya sahaja. Kini telah siap sempurna dilengkapi dengan 2 buah bilik tidur yang selesa untuk tukang masak.

ASRAMA
bilik asrama yang boleh menampung 56 pelajar.

Dilengkapi dengan katil 2 tingkat, tilam, bantal dan cadar.

Almari pelajar.


Rak untuk menyimpan buku-buku dan al-Quran.



Inilah beberapa gambar dalam asrama Darul Yatama. Amat selesa. Perabot serta bahan yang digunakan pula berkualiti seperti almari yang ditempah khas, lantai lapisan kayu, dinding water proof serta tilam yang tahan lama. (dulu masa duduk asrama tilam dipakai 2-3 tahun terus nipis).

BILIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Meja belajar.


Semuanya ditempah khas.


bilik p&p ini disusun kerana akan dijalankan taklimat kepada ibu bapa serta bakal pelajar

DEWAN MAKAN

sedang dikemaskan setelah jamuan kepada yang menghadiri taklimat

BILIK AIR



kolah

Bilik mandi dan tandas

Tempat wuduk. Final touch.

Laluan berbumbung

Dua buah rumah guru


HARI TAKLIMAT, TEMUDUGA DAN LAWATAN

21 Disember lepas telah ditetapkan untuk sesi taklimat kepada ibu bapa penjaga, temuduga dan lawatan ke sekitar sekolah. Turut hadir pada hari tersebut ialah YB Datuk Hj. Arifin, Tn. Hj Sanudin (ADO Membakut) dan beberapa jemputan lain. RTM pun ada. Ini tidak tahu siapa yang jemput kerana tidak ada disentuh langsung semasa mesyuarat. Saya juga hadir lewat hari tersebut kerana kebetulan ada taklimat SBPA di sekolah.

Taklimat sesi kedua pada waktu petang



Temuduga


Inilah serba sedikit coretan yang dapat dilontarkan dikongsikan ketika ini. Dan pada ketika ini juga lebih kurang 40 orang pelajar yang diterima masuk dan bakal mendapat surat tawaran berkenaan. Buat masa ini pengambilan terbuka kepada semua pelajar yang berumur 9 hingga 15 tahun. Walaubagaimana pun anak yatim, muallaf dan fakir miskin adalah diutamakan. Tidak ada bayaran masuk dikenakan. Segala yuran juga tidak ada. Makan dan minum adalah ditanggung oleh pihak sekolah. Bagi murid yang bersekolah SK, pengangkutan akan disediakan. mereka juga dikehendaki berpindah ke sekolah yang berhampiran, sama ada SK pekan Membakut atau SK ST Patrick. Bagi pelajar yang berusia 13-15 akan belajar sepenuh masa di Darul Yatama.

Kita amat mengharapkan agar sekolah ini boleh menyumbang dan  melahirkan para huffaz yang profesional di Negeri Sabah khususnya daerah Membakut. Akan datang kita boleh lihat orang yang berkerjaya tetapi Quran mereka di dada.Insya Allah.

31122011 @ kgu
Abu Imtiaz

0 comments:

Post a Comment