Thursday, August 22, 2013

[KSSR] DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN DSKP TAHUN 4, 2014.


Perkembangan terkini KSSR tahun 4 2014 ialah gabungan antara DSK (Dokumen Standard Kurikulum) dengan DSP (Dokumen Standard Prestasi) menjadi DSKP Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang digubal oleh BPK.

Antara kebaikan DSKP;

1. Guru hanya perlu merujuk satu dokumen sahaja dalam persediaan mengajar dan pentaksiran mereka kerana dokumen ini meliputi Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi).

2. Tidak ada lagi istilah band yang mengandungi pelbagai deskriptor dan puluhan evidens serta kod-kod yang memeningkan.

3. Pelaporan secara offline dan tidak melibatkan LPM.

4. Guru hanya perlu memasukan pelaporan setelah selesai satu-satu Standard Kandungan dilaksanakan.

5. Guru bebas untuk mentaksir murid semasa pdp sesuai dengan kehendak SPi.

Ini adalah beberapa penambahbaikan dan perubahan DSKP berbanding DS sebelum ini dan kemungkinan akan ada beberapa perubahan serta penyelarasan yang lain lagi mengikut kesesuaian oleh BPK.

Untuk murid tahap satu, penggunaan DSK dan DSP masih lagi diteruskan dan dilaksanakan sehinggalah suatu masa yang diberitahu kelak.

Wallahu a'lam.
Abu Imtiaz
22082013