Friday, July 27, 2012

Rouz Bil Laban [Nasi Susu @ Puding Nasi]

 

Hari kedua dalam bulan Ramadhan tahun ini adalah suatu sejarah semenjak hampir 10 tahun yang lalu kerana dapat menjamah semula 'desert' yang istimewa berasal dari ardul kinanah bumi mesir iaitu Ruz Bil Laban atau bahasa Melayunya Nasi Susu. Kalau dalam bahasa inggeris ia dipanggil rice pudding, jadi boleh juga kita sebut sebagai Puding Nasi.

Maka berusahalah semula saya mencari resepi dan cara masakan ruz bil laban ini di internet. Caranya agak senang kerana hanya perlu memasak nasi sehingga menjadi bubur kemudian memasukkan gula dan susu segar yang agak-agak cukup rasalah. Selepas itu digaul hingga sebati dan diletakkan dalam mangkuk atau tempat yang sesuai serta dihidangkan bersama kekacang dan zabadi (kismis). Lebih sedap makan setelah disejukkan dalam peti sejuk.

Dan inilah hasilnya.

 


0 comments:

Post a Comment