Thursday, July 26, 2012

DI KOLEJ: ILMU DICURAH


Suatu pengalaman baru bagi seorang yang mengajar selama 8 tahun di sekolah rendah, mendidik kanak-kanak yang berumur seawal 7 hingga 12 tahun, tiba-tiba naik ke sebuah kolej untuk mengajar remaja dewasa lepasan SPM dengan pendekatan pengajaran yang berbeza dari sekolah rendah. Agak suatu perkara yang mencabar tapi menyeronokkan.

Sesungguhnya sebelum ini memang pernah terfikir untuk mengekspos pengetahuan dan ilmu yang ada kepada peringkat yang lebih tinggi kerana itu secara tidak langsung memberikan diri sendiri suatu ilmu yang baru yang mana sebelum ini belum pernah diteroka. Sememangnya proses perpindahan ilmu itu amat memerlukan sedikit usaha untuk melakukan beberapa kajian supaya pelaksanaannya nanti akan berjalan dengan lancar.

Selama lebih kurang 2 bulan berada di kolej tersebut saya dapati penerapan nilai-nilai Islam itu memang sudah wujud di situ. Melihat bilik-bilik kuliah yang dilabel dengan nama-nama teknokrat dan tokoh-tokoh Islam seperti bilik Al-Ghazali, Jabir bin Hayyan dan lain-lain lagi amat menyejukkan hati dan mata yang memandangkan kerana secara tidak langsung ia akan menyedarkan para pelajar yang majoritinya muslim disitu bahawa kita harus jadi seperti mereka dan mereka itu tidak harus dilupakan. Ini merupakan salah satu kolej contoh yang boleh saya katakan.

Para pelajar pula tidak banyak masalah dan karenahnya. Kesemuanya memberikan komitmen serta kerjasama yang baik sepanjang kelas yang dijalankan. Cumanya kita faham agak sukar sekali bila seseorang yang kurang pengetahuan berkenaan dengan ilmu Islam mungkin akan terasa berat dengan subjek ini. Selain daripada adab-adab belajar yang perlu dijaga, para pelajar juga haruslah memusatkan niat mereka dengan menerima ilmu secara ikhlas barulah tidak akan terasa stress atau tekanan dengan subjek yang dipelajari.

Terima kasih diucapkan kepada warga MMC Sabah atas peluang yang diberikan. Semoga semuanya sukses dan berjaya dalam setiap lapangan.








0 comments:

Post a Comment