Sunday, June 26, 2011

Tutorial Cara Install Tulisan Arab Dan Jawi Untuk Windows XP


Saya mempunyai sedikit pengalaman di mana ramai kawan-kawan datang minta tolong untuk 'install'kan tulisan arab dan jawi dalam komputer. Dengan senang hatilah memenuhi permintaan mereka ni kerana hendak buat tu tidak juga susah. Tapi kalau tidak tahu tu memang susah lah. 

Nak masukkan tulisan arab/jawi dalam Windows XP ini tidaklah sesusah sebelum sistem operasi WinXP seperti Win2000 WinME Win98. Kerana seingat saya untuk Sistem operasi sebelum WinXP ni kena fresh install Windows yang Enable Arabic, contohnya WinME Enable Arabic. Jadi kalau program windows tu yang biasa sahaja, dia tidak boleh baca tulisan arab. Hanya tulisan inggeris sahaja. Bermula WinXP, tulisan bahasa lain boleh dimasukkan tanpa menginstall Windows Enable Arabic yang khas.

Berikut Cara Install Tulisan Arab Dan Jawi Untuk Windows XP:


1. Klik 'Start' dan pilih 'Control Panel'.(kalau tidak tahu mana pula start ni, tekan saja butang windows)

2. Bila control panel sudah terpapar, klik 2 kali 'Regional and Language Option'.

3. Bila 'Regional and Language Option' sudah keluar, klik tab 'Language' seperti dalam bulatan merah.


4. Kemudian tandakan √ seperti gambar di bawah. Selepas itu bila ada arahan Yes atau Ok klik saja yes atau ok tu. kalau sudah tertanda, abaikan langkah ini.
5. Selepas itu klik 'Detail'
kemudian pada tab 'setting' klik butang 'Add'
6. Pada 'Input language' cari bahasa yang hendak ditambah. Sekarang kita mahu tambah Arabic. Kemudian klik OK.
7. Pastikan pada bahagian ini, 'AR Arabic (Egypt)' sudah bertambah. Kemudian klik OK.

Sehingga ini, Windows XP anda telah dilengkapi dengan bahasa arab. Bermakna anda boleh sudah menaip tulisan arab atau jawi.

Perhatikan pula taskbar anda di bawah sebelah kanan.
Sebelum mula menaip, pastikan setting ini sudah ditukar kepada bahasa yang dikehendaki.

Sekian sahaja. Semoga mendapat manfaatnya.
abuimtiaz @ 26062011

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Di komputer saya tak ada AR Arabic (Egypt) pada 'Input language'. Apa yang perlu saya buat sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba guna "Arabic (Saudi Arabia)". Sebelum itu pastikan langkah ke-4 pada tutorial di atas sudah dibuat.

      Delete
  3. sy dah klik butang add, tapi com sy tak de semua yang arabic.. macam mana sy nak buat eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba ustazah periksa langkah no 4 di atas...adakah sudah terlaksana atau belum terutama check "install files for complex script and right-to-left languages" sudah tertanda.

      Delete
  4. alhamdulilah... terima kasih... baru lah semangat nak buat kerja bahasa arab... ^_^

    ReplyDelete
  5. knape bila sy klik detail di step 5 xda list arabic kt situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustazah dah buat step no 4? Pada bahagian "Supplemental language support" check option "install files for complex script...."

      Delete