Wednesday, February 20, 2013

MAKLUMAN TAMBAHAN MTQSS KALI KE 39

Acara Bercerita Kisah Al-Quran MTQSS ke-39 pada tahun ini akan dilaksanakan mengikut format yang baru, iaitu satu soalan spontan akan diajukan kepada peserta selepas setiap peserta selesai mempersembahkan cerita masing-masing. Soalan tersebut adalah berkaitan dengan tajuk bercerita yang dipersembahkan.


Format Pemarkahan seperti yang telah diedarkan iaitu :
- Penyampaian ---- 40 markah
- Isi ----------------- 30 markah
- Bahasa ----------- 20 markah
- Soalan Spontan - 10 markah

Pecahan bagi markah soalan spontan ialah :
1) Isi --------------- 4 markah
2) Penyampaian -- 4 markah
3) Bahasa --------- 2 markah.
Setiap hakim yang berkenaan akan memberikan markah mengikut jawapan yang diberikan.
(Terdapat ruang tambahan dalam borang penghakiman yang dikhaskan untuk soalan spontan)

Pengurangan tajuk.
Oleh kerana format baru acara bercerita yang akan dilaksanakan mulai tahun ini kelihatan agak berat, satu tajuk telah digugurkan daripada senarai edaran iaitu tajuk ketiga daripada senarai tajuk lelaki dan perempuan menjadikan masing-masing empat tajuk sahaja yang akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

Bersama-sama ini dilampirkan sekali, :
1) Borang penghakiman acara bercerita mengikut format baru.
2) Panduan pelaksanaan soalan spontan acara bercerita MTQSS.

sumber: www.bpi.edu.my

0 comments:

Post a Comment