Saturday, April 21, 2012

Perkara-Pekara Sunat Dalam Solat

(Rujukan: Kitab Fiqh Manhaji)

Dalam bab solat di bawah tajuk kecil : Perkara-perkara sunat dalam solat.
Terbahagi Kepada TIGA.
  1. Perkara-perkara sunat sebelum solat
  2. Perkara-perkara sunat semasa solat
  3. Perkara-perkara sunat selepas solat


1. Perkara-perkara sunat sebelum solat.
  1. Azan
  2. Iqamah
  3. Meletakkan sutrah (penghadang) di hadapan tempat sujud

2. Perkara-perkara sunat semasa solat
Terbahagi kepada 2 jenis sunat iaitu: Sunat Aba'dh dan Sunat Hai'at.

Sunat Ab'adh ada 8 perkara:
  1. duduk tahiyat awal
  2. membaca tahiyat awal
  3. solawat ke atas nabi dalam tahiyat awal
  4. membaca solat ke atas keluarga nabi dalam tahiyat akhir
  5. berdiri semasa qunut
  6. membaca doa qunut
  7. selawat ke atas nabi dalam qunut
  8. selawat ke atas keluarga nabi dalam qunut

Sunat Hai'at ada 14 perkara antaranya: mengangkat tangan ketika takbiratul ihram dan takbir intiqal, tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri semasa berdiri (kecuali i'tidal), membaca doa iftitah, membaca ta'awuz sebelum fatihah, membaca surah selepas fatihah, membaca tasbih ketika rukuk dan sujud dll.

3. Perkara-perkara sunat selepas solat ada 3 perkara.
  1. Membaca istighfar, zikir dan doa (berwirid).
  2. Menukar tempat solat antara solat sunat dan fardhu.
  3. Tetap duduk bagi yang lelaki untuk mendahulukan kaum muslimah keluar dewan solat.

0 comments:

Post a Comment