Sunday, March 4, 2012

TABLET: PENILAIAN DAN PANDUAN


Tablet merupakan gajet IT yang sedang meningkat popular pada masa kini, di mana anda boleh lihat ramai lapisan golongan masyarakat yang semakin menggilai peralatan-peralatan moden dan dapat memenuhi keperluan seharian mereka. Hal ini sangat ketara kerana bila sahaja diumumkan satu-satu produk baru yang akan dikeluarkan oleh sesebuah syarikat, maka orang ramai akan berpusu-pusu ke kedai-kedai untuk mendapatkan produk baru tersebut seolah-olah tidak mahu ketinggalan kepada teknologi yang semakin berkembang pesat.  Ini telah dibuktikan sebagai contoh apabila sebuah syarikat komunikasi yang terkenal, Apple Inc. memperkenalkan tab mereka iPad dan telah terjual sebanyak 3 juta unit hanya dalam 80 hari dan sepanjang tempoh tahun 2010 mereka telah berjaya menjual sebanyak 14.8 juta unit iPad di seluruh dunia. Manakala Mac 2011 yang lalu mereka telah memperkenalkan tab terbaru mereka yang telah mengalami beberapa penambahbaikan dan pembaharuan iaitu iPad 2 telah terjual sebanyak 15 juta unit sepanjang tempoh bulan tesebut.

Tutorial Menambah Font Jawi Untuk Windows XP / Windows 7

Kita boleh menambah font apa sahaja ke dalam sistem Windows XP dan Windows 7. Dengan menambah font ini anda boleh menaip dengan pelbagai jenis tulisan yang anda kehendaki mengikut font yang telah anda tambah.

Walaupun contoh gambar yang akan ditayangkan dalam tutorial ini diambil daripada Windows XP namun caranya adalah sama sekiranya anda ingin menambah font ke dalam Windows 7. Ikuti cara ini insyaAllah ianya tidak susah. Pastikan anda sudah mempunyai font yang ingin ditambah ke dalam folder font windows.