Tuesday, June 28, 2011

Harap Belum Terlewat Menyumbang Sesuatu.

Alhamdulillah...hari ini Allah SWT telah mengurniakan kekuatan untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah terhadap hambaNya yang lain untuk julung kalinya dalam diri ini. Dua tugasan hari ini yang telah dirancang ialah melawat saudara baru di Kg. Tahak Membakut bersama-sama dengan beberapa orang ustaz sekitar pekan ini dan ahli masjid yang telah kami 'tabalkan' sebagai pegawai perhubungan.

Petang, selepas solat Asar di Masjid Pekan Membakut kami semuanya berkumpul. Ustaz Ahmad, Ustaz Said, Ustaz Rosli, Ustaz Norazmi, En. Daud, En. Ismail dan saya sendiri bersiap sedia untuk bertolak ke Kg. Tahak yang jauhnya lebih kurang 7 - 13km dari pekan. Awalnya perancangan ini telah pun dimaklumkan kepada ADO Membakut, Tn. Hj Sanuddin merangkap Pengerusi Masjid Pekan Membakut. Dia sudah bagi 'green light' untuk kami bergerak dan saya sebenarnya mengharap kalau beliau juga dapat turut serta dalam rombongan ini. Tetapi dalam beberapa hari ini rupanya beliau 'out station'. Beliau ini jemaah tetap di masjid.

Sunday, June 26, 2011

Tutorial Cara Install Tulisan Arab Dan Jawi Untuk Windows XP


Saya mempunyai sedikit pengalaman di mana ramai kawan-kawan datang minta tolong untuk 'install'kan tulisan arab dan jawi dalam komputer. Dengan senang hatilah memenuhi permintaan mereka ni kerana hendak buat tu tidak juga susah. Tapi kalau tidak tahu tu memang susah lah. 

Nak masukkan tulisan arab/jawi dalam Windows XP ini tidaklah sesusah sebelum sistem operasi WinXP seperti Win2000 WinME Win98. Kerana seingat saya untuk Sistem operasi sebelum WinXP ni kena fresh install Windows yang Enable Arabic, contohnya WinME Enable Arabic. Jadi kalau program windows tu yang biasa sahaja, dia tidak boleh baca tulisan arab. Hanya tulisan inggeris sahaja. Bermula WinXP, tulisan bahasa lain boleh dimasukkan tanpa menginstall Windows Enable Arabic yang khas.

Berikut Cara Install Tulisan Arab Dan Jawi Untuk Windows XP:

Tuesday, June 21, 2011

Persoalan: Hukum Wanita Keluar Solat Berjamaah Di Masjid.

Dalam permasalahan hukum terpencil seperti ini sering kali diperbahaskan apabila terdapat beberapa pihak yang kurang berpuas hati mengapa wanita yang solat berjamaah di masjid itu sering diperdebatkan, tidak kira dalam sesebuah tazkirah ataupun dalam sesi pembelajaran yang menuntut penjelasan lebih lanjut daripada sang pendengar. InsyaAllah kita lihat penjelasan berikut dan perhalusi beberapa pendapat ulama dan mazhab berkaitan dengan hal ini.

Sebelum itu harus diketahui bahawasanya hukum solat berjamaah bagi solat-solat fardhu (selain solat jumaat) di sesebuah tempat yang tertentu dan jelas kelihatan jamaahnya kepada penglihatan awam contohnya masjid hukumnya adalah fardhu kifayah bagi orang lelaki yang merdeka yang cukup syarat. Ini adalah menurut pandangan mazhab Syafie dalam pandanganya yang paling kuat(1).